Alhamdulilah dalam ruangan ini saya nak kongsi sedikit pengalaman bersama pembaca blogspot yang budiman. Buat pengetahuan semua saya seorang yang amat meminati dunia permotoran sejak di bangku sekolah lagi.
Nak buat macam mana mase sekolah dulu mana ada duit nak beli motor, tapi percayalah dengan keazaman yang ada, saya berusaha dengan gigih nak dapatkan sebiji motor. Tapi yang menjadi cabaran yang utama adalah... saya sangat la minat kepada jentera besi buruk nie namanya vespa. antara vespa yang berjaya saya pakai adalah spring 150, nak jadikan cerita moto nie saya beli dengan pak cik yang duk kat Kuala Terengganu. Moto nie saya beli pada tahun 2004 masa tu saya berada ting 4. Atas dasar minat kumpulah duit sikit demi sikit berjayalah beli besi buruk nie dengan harga banyak terima 600 masa nie dah kira mahal laaa... dah lah takde rod tax, no casis sama tapi no enjin lain dari geran tu la sebab pakcik tu jual. minat punya pasal jadi lah beli moto nie buat balik di kampung halaman saya di setiu Terengganu.
Cerita yang kedua pula main punya main vespa tak sangka 5 tahun dah berlalu saya pakai vespa nih memang dunia saya dengan vespa ibaratkan isi dengan kuku memang tak dapat nak dipisahkan. kalu nak gi sekolah kena naik vespa kalu vespa rosak alamaknye tak g la sekolah yang jaraknya lebih kurang 10km jauhnya. tp nasib baikla saya nie boleh repair sendiri jenis besi buruk nie yang banyak belajar dari otai-otai lama main vespa samaada di setiu, besut dan trg. kalu diingat mase dulu-dulu saya nie dipanggil usop kepa memang nama tue dah sebati dlm seantero setiu di zaman kegemilangan dulu-dulu.
nak dijadikan cerita pula, mase zaman sek menengah dulu sy nie banyak main langsung tak tumpukan pada pelajaran, keputusan spm amat mendukacitakan tp nasib baiklah mak dan ayah saya nie jenis yang tak kisah janji rajin bekerja inilah prinsip yang mereka pegang die kata ibaratnya kejayaan dlm pelajaran bukanlah kayu ukur yang sebenar bagi mereka yang berjaya.. kejayaan terletak daripada budi baik dan usaha yang rajin dlm membuat sesuatu kerja sehingga orang puas hati dengan hasil kerja kita, kalu mak saya pula cukuplah sekadar belajar boleh membaca, menulis d mengira d didikan agama.
lepastu, saya pun kenalah buat kerja di ladang getah d kelapa sawit milik keluarga..letih tuhan la tahu nak dapatkan duit bagi membantu meringankan beban keluarga. masalah nyer saya nie berbadan kecit tp bolehlah buat kerja kecil2 angkut getah, toreh... d mcm2 lah buat janji dpt duit.
5 bulan kemudian timbulah perasaan nak sambung balik pelajaran ke stpm. permohonan berjaya alhamdulilah....
lepastukan, barulah ada bibik2 minat nak belajar semula...masuk ting 6 nie kena lah jd abang sikit pada yang lain. kena tunjuk kita nie seorang pelajar y baik di samping nasihat guru2 memang cair lah tahi telingga y degil tu, terutama cikgu nazri, mazulizam , rokiah, yahya, fatimah, rohani dan byk lg la y yang amat disayangi smpai sekarang jasa d pgorbanan beliau sy sememangnya sy hargai.
2 tahun telah berlalu, alhamdulilah berkat belajar sambil bermain dengan dunia vespa d kwan2 y byk memainkan peranan saya dapat mlanjutkan pelajaran ke university alhamdulilah tp y peliknya mak dan ayah biasa jer biasanya kalu mak bapak org lain mesti gembira...tak thulah kalu mak d ayah saya nie sngaja tak nak tunjuk kut...mungkin dia rasa satu kehilangan untuk mewarisi kerja mereka sebab ayah saya nie dulunya seorang tukang besi kalu dulu orang pangilnya pok loh tukang besi kg tumang memang popularla ...mase zaman 80-90 an dulu.
ape-ape pun kehidupan saya harus diteruskan...saya masih dengan hobi pelik saya y minat kepada benda-benda klasik sampai ke dunia university di samping sy ada vespa sy juga memiliki sebiji honda c70 turut saya bawa bersama-sama belajar dengan saya...saya sunguh merasakan ia adalah satu kenangan y berharga d bernilai apabila hobi nie turut dikongsikan dgan kwan2 y trut sama meminati jentera besi buruk.
satu kenangan yang cukup indah ialah ...sy akan terkenang sampai bila-bila adalah apabila teringat kembali zaman belajar dulu untuk balik dan pulang ke ukm bangi, saya akan menunggang vespa yang akan mengambil masa selama 8-9 jam jarak perjalanan y sememangya jauh...untuk sampai di setiu terengganu ...tp yang peliknya dgan minat y mendalam ia bukanlah satu perkaya y memenatkan...
Apabila saya berada di tahun dua pengajian sy dikejutkan dgan kemunculan sebuah jentera baru keluran yamaha iaitu fz 150i dengan bentuk badanya sangat mengancam jiwa dan raga saya kerana jenis motosikal ini berbentuk naked bikes sungguh membuatkan hati untuk memilikinya..
Bermula dari saat itu, sy mulalah kumpul duit dengan berjimat d sampaing buat part time....dengan hanya 4 bulan bekerja saya boleh melangsaikan duit muka untuk memiliki sebuah jentera baru yamaha fz huhu sguh puas ketika ini berjaya memiliki sebuah motosikal baru y sangat mgamcam jiwa....
namun, sejak dari itu jiwa ini mula tawar kepada jentera clasic dan mula menaruh minat kepada jentera baru yang lebih kepada kapasiti enjin dan kelajuan.. kalau nak tahu sebenarnya memelihara besi buruk lebih banyak pakai duit daripada memakai jentera baru...huhu sungguh insaf...
kini 3 tahun telah berlalu dengan cepatnya sehingga kita rasa dunia nie begitu sekejap berlalu rasa kemarin baru masuk belajar dah tamat dah huhu alhamduliulah inilah yang mampu sy hadiahkan segulung ijazah buat orang tua... moral of the story tak semestinya kita gagal kita tak boleh berjaya hanya usaha yang menentukan matlamat kita sebenarnya d samping amal d ibadat kita pada y esa ....
kini sy telah pun masuk ke dunia pekerjaan pada masa bujang nie saya impikan sebiji jentera yang sedikit pantas d gah dijalan raya iaitu namanaya sportbike bukan superbike haha... sport bike ni dia lebih kepada motor yang sederhana besar huhu insayaalah dgan berkat d usaha y ada dapat sy memilikinya suatu hari nanti huhu insayallah .......







No comments:
Post a Comment