Tuesday 19 April 2011

Taib Mahmud terbukti kebal


  
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilihat sebagai seorang yang kebal apabila tiga kali laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Ini membuktikan dengan jelas kepada rakyat siapa sebenarnya Ketua Menteri Sarawak setelah berjaya mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Ketua Menteri yang baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah beliau di Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas malam tadi.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat bukti adanya penyalahgunaan kuasa dan rasuah terhadap kekayaan Ketua Menteri tersebut, tetapi SPRM masih lagi belum mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan yang telah dibuat.

"Kemenangan BN juga banyak dikaitkan dengan rasuah di Sarawak. Mereka juga menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah dan dakyah jahat terhadap kepimpinan PR melalui manipulasi gambar dan seumpamanya.

"Walau bagaimana pun BN jangan cuba memperbodohkan rakyat apabila mengatakan kemenangan mereka menunjukkan keseluruhan rakyat negara ini menyokong mereka.

"Ini adalah satu lagi dakyah dan serangan mental cuba diselewengkan oleh BN. Kemenangan mereka di Sarawak, tidak mempengaruhi pendirian dan pemikiran rakyat di Semenanjung, " tambahnya lagi.

Beliau juga yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, turut menyatakan bahawa samada BN benar-benar disokong oleh rakyat negara ini boleh dijustifikasikan melalui pilihan raya umum dan bukannya melalui pilihan raya negeri Sarawak semata-mata.

Sibuk dengan video, tahanan Imigresen cabut diri

Rakyat Prihatin   
Kah...kah...kah...itulah gelak rakan saya dengan ‘bala’ yang sedang melanda negara beberapa hari ini. Dalam sibuk-sibuk pasukan yang kuat menjaga negara dengan isu video, tiba-tiba seramai 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

Menurut laporan media kerajaan, sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.

Mereka merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam kelmarin (4 April).

Sama ada nampak atau tidak, boleh juga dikatakan musibah yang berlaku di Negeri Sembilan ini bala yang diturunkan oleh Allah bagi membuka fikiran kepada sesiapa yang boleh berfikir dengan akal.

Seperti yang rakyat sedia maklum, buat masa ini pihak polis yang menjalankan perintah pemimpin negara sedang sibuk memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat secara umum termasuk di Negeri Sembilan.

Bala yang tidak nampak dilihat oleh mereka yang buta mata hatinya ini juga satu tamparan kepada pemimpin Negeri Sembilan setelah Pusat Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut dan berlaku pula kes serangan asid di Seremban.

Menariknya, tragedi 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng berlaku selepas beberapa hari Adun kawasan itu didapati bersalah oleh mahkamah menerima rasuah.

Laporan media juga memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan bahawa perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.

"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita.


Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.

Video lucah Gajah sama gajah berperang




SEJARAH Kesultanan Melayu Melaka yang hebat hampir 600 tahun  silam, termasyhur dan tersohor sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan syiar lslam dan persuratan Melayu  akhirnya jatuh tersungkur di tangan 'orang asing' kerana sikap tamak, dendam, cemburu dan iri kesumat yang tidak berkesudahan.

Walaupun para perajurit Melayu Melaka bersemangat waja, kental patriotiknya dan gagah perkasa hingga dapat menewaskan serangan pertama 1509 armada Feringgi (Portugis yang datang dari Goa, lndia) yang diketuai de Suqeirra namun dendam yang berlarutan sehingga ke tahun 1511 menyebabkan soldadu Protugis yang menyerang Melaka sekali lagi yang diketuai oleh Alfonso de Albuqarque dapat merobohkan benteng Melayu Melaka dan menewaskannya.

Apakah rahsia kemenangan Portugis?  Kerana ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Kerana hasutan dan dalang yang menabur duri kebencian dan kemusnahan orang-orang Melayu seperti Raja Mandeliar dan Si Kitol. Kerana robohnya kesatuan dan kesepakatan bangsa Melayu ketika itu yang mula berpuak-puak dan bersengketa sesama mereka.

Kerana perebutan harta, emas dan kuasa maka fitnah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri. Kerana hilangnya semangat juang kependekaran  orang-orang Melayu ketika itu lantaran keuzuran Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya serta matinya Hang Jebat.

Bahkan kerana kebanjiran pendatang dan pedagang asing yang lebih mementingkan harta dan kekayaan tanpa menyumbangkan apa-apa untuk pertahanan.Bahkan kerana mengabaikan ajaran-ajaran agama  lslam dan lebih mementingkan hiburan dan perkara-perkara khurafat.Manakala pemerintah utama waktu itu asyik diulit keseronokan duniawi.

Kini datang lagi setelah ratusan tahun. Sengketa, dendam dan cemburu yang melingkari isu video seks kini melalaikan masyarakat. Di sana sini  kedapatan tohmah, cacian dan  keaiban didedahkan di khalayak tanpa segan-silu. Apakah sejarah  ‘robohnya kota Melaka’ akan berulang?  Justeru demi masa depan anak-anak dan generasi kita, ingatlah pesan bijak bestari janganlah 'gajah sama gajah berperang, pelanduk yang mati di tengah-tengah’.

Thursday 14 April 2011

KEMANA ARAH TUJU PASTI

PAS akan pertahan walaupun Felda arah tutup Pasti
BERA, 6 April: PAS Kawasan Bera menyifatkan arahan berpindah daripada Pengurus Felda Bukit Mendi kepada kelas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di tanah rancangan berkenaan  kerana dikatakan menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (GSA) hanyalah bermotif politik semata-mata.


Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Shahrul Mohamed berkata, ini disebabkan apabila seseorang peneroka Felda sudah selesai membayar hutang kepada agensi tersebut dan mendapat geran bermakna mereka tidak lagi tertakluk di bawah akta berkenaan

Justeru jika terdapat sebarang tindakan pihak Felda bagi menghalang operasi Pasti berkenaan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

“Pasti Bukit Mendi dimulakan tahun ini dan baru-baru ini pihak pengurusan Felda telah menghantar surat peringatan kerana mendakwa penubuhannya tidak mendapat kelulusan mereka serta menyalahi peraturan Akta GSA.
 
“Pengurus Felda meminta Pasti memindahkan kelas daripada rumah tersebut sehingga mendapat kebenaran dari pihak Felda. Surat itu turut menyatakan sekiranya ingkar atau tidak mengendahkan peringatan itu maka tindakan selanjutnya akan dibuat.

“Bagaimanapun, setelah mengadakan perbincangan, kami mengambil keputusan kelas tersebut tidak akan ditutup malah satu laporan polis telah dibuat baru-baru ini atas nasihat peguam,” katanya.
Menurut Shahrul, kelas Pasti itu ditubuhkan berikutan mendapat permintaan daripada masyarakat setempat dan sehingga kini terdapat 13 kanak-kanak pra-sekolah mengikuti pengajian dan ini menunjukkan Pasti mendapat sokongan ibu bapa dan penjaga di sini.

Pasti tersebut beroperasi di sebuah rumah peneroka dengan kadar sewa sebanyak RM180 sebulan. Bagaimanapun, pihak Pasti dikatakan telah membelanjakan RM14,000 sebagai perbelanjaan kos baik pulih dan ubah suai.

“Kita menubuhkan Pasti bukan atas dasar politik tetapi bertujuan memberi pendidikan terbaik kepada kanak-kanak. Justeru saya berpendapat pendidikan yang berteraskan Islam dan akhlak tidak sepatutnya diheret menjadi mangsa politik.

“Bukan saya kata tabika atau pra-sekolah tidak bagus tetapi Pasti mempunyai sukatan mata pelajaran tersendiri yang boleh diterima masyarakat dan sudah terbukti keberhasilannya,” katanya.

Jelasnya, sukatan mata pelajaran yang diajar adalah didikan asas kepada kanak-kanak dan bukannya yang sesuka hati. Malah, gurunya pula lepasan Kursus Asas Pendidikan Pasti, sementara modul pendidikannya diperbaharui atau dikemas kini dalam tempoh tiga atau empat tahun sekali.

Mohd Shahrul berkata, Pasti bukan hanya menghadkan pendaftaran kepada warga PAS sahaja malah di sesetengah tempat bukan Islam juga ada yang menghantar anak mereka ke situ.

Katanya, sememangnya sukatan mata pelajaran adalah berbeza dengan tabika atau pra-sekolah kerana keunikan itulah yang menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka.

“Kalau mata pelajaran atau teknik pembelajaran yang diajar sama dengan kelas yang lain, buat apa lagi kami menubuhkan Pasti,” katanya.

PAS BUKA JALAN BUAT PERUBAHAN DI SARAWAK

  















Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri M


Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.
 
"Rakyat Sarawak  ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani
 menunjukkan kemarahan.


"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.


Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.


Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.


"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.


Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.


"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.


Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.


"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.


PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.


PENGUNDI SARAWAK POSITIF TERIMA PAS







Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat adanya perkembangan positif khususnya penerimaan pengundi terhadap kehadiran parti itu di Sarawak, jauh berbeza dengan pilihan raya yang lalu.

Ini, katanya setelah PAS membuat tinjauan dengan bertemu pengundi di kelima-lima Dun yang dipertandingkan oleh PAS pada pilihan raya negeri ke-10 ini.

Beliau berkata, PAS meletakkan 40 peratus calon wanita dan 60 peratus calon lelaki dalam pilihan raya negeri Sarawak.

“Walaupun PAS belum memperolehi satu Dun pun di Sarawak, tetapi kali ini kita melihat adanya petunjuk bahawa perubahan akan berlaku dan PAS, insya Allah beroleh kemenangan.

Justeru, katanya rakyat Sarawak mesti memberi isyarat kepada kerajaan yang telah puluhan tahun memerintah tetapi terus dihimpit kemiskinan dan kekurangan kemudahan infrastruktur.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, Sarawak kaya dengan hasil bumi kerana tanahnya sangat luas namun tidak dibangunkan dengan adil.
 

PONORGRAFI DI INDONESIA




KETIKA Indonesia masih bergelut dengan masalah sosial yang meruncing akibat gejala penyebaran kandungan pornografi di kalangan remajanya, Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto pantas mencipta satu lagi episod memalukan negara berkenaan dengan gelagatnya menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu.

Lebih memalukan rakyat Indonesia kerana Arifinto merupakan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan undang-undang antipornografi di Indonesia sejak tahun 2008. Pengkritik Indonesia lantas menggelarnya sebagai manusia hipokrit dan mahu dia dihukum di bawah undang-undang yang sama.

Jika dilihat rentetan kes membabitkan penyebaran kandungan pornografi di Indonesia, keberkesanan undang-undang antipornografinya seolah-olah pincang dan longgar, lebih-lebih lagi tanpa sekatan media yang menyalurkan kandungan pornografi secara menyeluruh.

Sejak sekian lama masalah sosial seperti pelacuran, pengguguran janin, seks luar nikah dan sebagainya semakin berleluasa di Indonesia, ia seperti dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan tegas oleh pihak yang bertanggungjawab.

Titik kemunculan penerbitan berunsur lucah di Indonesia dilihat sebagai kesan kejatuhan bekas Presiden Suharto pada tahun 1999 selepas satu demi satu majalah yang menjual cerita-cerita dan gambar-gambar berunsur seks memasuki pasaran Indonesia sejurus itu.

Bagaimanapun, kemunculan majalah-majalah itu tidak mencetuskan kontroversi besar di negara yang mempunyai lebih 80 peratus penduduknya beragama Islam.
INDONESIA dipercayai negara kedua paling banyak menyebarkan kandungan pornografi selepas Rusia.


Hanya beberapa tahun sejak kebelakangan ini, terutama apabila video seks artis Ariel Peterpan dengan dua artis wanita iaitu Luna Maya dan Cut Tari tersebar. Ia menjadi tajuk-tajuk berita utama Indonesia dan negara-negara jirannya, rakyat Indonesia mula membuka mata.

Apatah lagi, gelagat Arifinto yang memalukan institusi undang-undang dan pemerintah Indonesia baru-baru ini, peletakan jawatan malah penegasannya yang tidak sengaja mengakses e-mel kandungan lucah melalui komputer tabletnya itu menambah kebimbangan rakyat mengenai keberkesanan undang-undang antipornografi negara berkenaan Laman web lucah.

Terdahulu, Menteri Penerangan Indonesia, Tifatul Sembiring berkata, beliau akan merangka undang-undang baru bagi menangani masalah itu yang telah menghina negara.
"Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2007 mendapati, sebanyak 97 peratus pelajar sekolah menengah di Indonesia pernah mengakses laman web lucah," ujarnya.

Menurut data daripada Associated Press (AP), Indonesia merupakan negara kedua paling banyak menyebarkan kandungan pornografi selepas Rusia. 

Kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Menentang Pornografi di Indonesia pula mendapati, remaja di antara umur 14 hingga 19 tahun paling banyak mencari kandungan pornografi dalam bentuk video cakera padat (DVD), cakera video digital (VCD) atau buku komik.

Dalam pada itu, kajian Universitas Islam Indonesia pula menyatakan kira-kira 90.7 peratus kes penderaan seksual dan rogol di Indonesia dilakukan oleh remaja dan 68.2 peratus remaja mengaku pernah melakukan hubungan seks.

GELAGAT Arifinto menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat dikatakan memalukan pemerintah Indonesia.


Masalah itu dikatakan berlarutan akibat kelonggaran undang-undang berkaitan dan tiada pendidikan sosial khas kepada remaja mengenai bahaya pornografi serta tiada sekatan menyeluruh ke atas media yang mengandungi elemen pornografi.

Undang-undang pornografi telah wujud di Indonesia sejak tahun 2008 tetapi pelaksanaannya dilihat kurang tegas. Penyebaran pornografi dalam pelbagai bentuk dilarang tetapi mereka yang melanggar undang-undang hanya dikenakan denda maksimum yang rendah.

Disebabkan itu, masih ada segelintir rakyat Indonesia yang masih menyebarkan kandungan pornografi kerana mereka yakin faedah yang mereka dapati lebih lumayan berbanding hukuman yang dikenakan Terlepas hukuman 

Contohnya, dalam kes Budi Han, suspek utama dalam kes penyebaran gambar bogel dan video melalui Internet dan VCD beberapa pelakon Indonesia, seperti Sarah Azhari, Rachel Maryam, and Femmy Permatasari pada tahun 2003 tidak dikenakan hukuman penjara kerana polis tidak menemui VCD asalnya.

Polis juga bersetuju melepaskannya daripada sebarang hukuman walaupun dia didapati bersalah pada masa itu.

Masalah implementasi undang-undang antipornografi Indonesia turut dicacatkan oleh sejumlah kumpulan penentang di Indonesia yang membantah undang-undang pornografi di Indonesia atas alasan ia menyekat kebebasan beragama seperti ia menyekat pelbagai etnik budaya mengamalkan aktiviti tradisi mereka.

Undang-undang berkenaan mendefinisikan pornografi sebagai sesuatu yang bersifat ketelanjangan. Justeru, bantahan dibuat dengan mengemukakan beberapa alasan antaranya ia bakal menimbulkan isu mengenai pemakaian wanita Jawa Barat ketika melakukan tarian japongan dan wanita yang mengamalkan pakaian seperti berkemban di Jawa Tengah dan Jawa Timur. 

Bagaimanapun, apabila video seks yang melibatkan ketiga-tiga artis Indonesia iaitu Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari tersebar, ia mula menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap pengaruhnya kepada orang ramai khususnya golongan muda.

Jika sebelum ini pejuang hak asasi manusia dan kebebasan media massa sering membantah sebarang tindakan pemerintah untuk menyekat pengedaran bahan yang tidak sesuai melalui Internet dan sebagainya, tetapi kini mereka juga yang melahirkan rasa bimbang mengenai pengedaran bahan sedemikian tanpa kawalan.

Lantaran itu pemerintah Indonesia memutuskan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal pengedaran bahan di Internet supaya kesan negatifnya dapat dikurangkan kepada masyarakat.

Tahun lalu pemerintah Indonesia mengumumkan sekatan ke atas empat juta laman porno di Internet setelah menerima desakan masyarakat secara berterusan berhubung perkara itu sebagai usaha melindungi golongan remaja daripada pengaruh pornografi.

Sekatan akses itu meliputi semua laman yang mengandungi bahan pornografi seperti aksi persenggamaan normal mahupun yang di luar tabie, aksi bogel, penampilan visual alat kelamin dan simbol-simbol pornografi.

Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring berkata, langkah itu selaras dengan kehendak undang-undang antipornografi Indonesia yang diluluskan pada 30 Oktober 2008.

"Pada masa ini, kira-kira 90 peratus laman porno sedang disekat aksesnya, kami akan melakukannya berperingkat-peringkat sehingga semuanya disekat," katanya pada sidang akhbar di Jakarta tahun lalu.

Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia misalnya telah menyatakan bahawa penyebaran video porno artis popular dan selebriti Indonesia Ariel, Luna Maya dan Cut Tari telah mendorong penontonnya memperkosa 33 orang kanak-kanak.

"Sekatan akses itu akan dikekalkan walaupun selepas bulan Ramadan, selagi undang-undang antipornografi berkuat kuasa," katanya.

Sekatan itu akan membabitkan semua kata kunci dalam pencarian yang boleh dikaitan dengan seks seperti 'bogel' dan seumpamanya.

Namun, ekoran gelagat Arifinto minggu lalu, timbul persoalan apakah sekatan yang dijalankan itu signifikan ke atas masyarakat Indonesia apabila kandungan-kandungan pornografi masih boleh dicapai dengan mudah.
Populasi tertinggi
Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Profesor. Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar berpendapat, kegagalan Indonesia mengawal penyebaran kandungan pornografi adalah disebabkan status negara berkenaan sebagai antara negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia.

"Walaupun undang-undang diwujudkan, sukar mengawal penyebaran maklumat di Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 juta dan pada masa yang sama mempunyai sistem maklumat yang canggih," katanya.

Menurut Jas Laile, Indonesia boleh dianggap sebagai negara yang liberal, baik dari segi agama, pengamalan budaya dan pemecahan etnik yang terlalu banyak.

"Tidak seperti di Malaysia, dalam perlembagaan termaktub bahawa Melayu itu muslim tetapi di Indonesia adalah sebaliknya.
"Kebebasan yang mereka miliki merupakan peluang yang luas untuk pengaruh negatif seperti pornografi meresap masuk ke dalam masyarakat mereka sehingga sukar dikawal oleh kerajaan," katanya.
Bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan undang-undang boleh diperbaiki sekiranya kerajaan bersikap lebih tegas seperti negara-negara maju yang mengenakan hukuman berat ke atas pesalah pornografi secara menyeluruh.

"Masalah penyebaran pornografi berlaku di semua negara, tidak terkecuali Malaysia. Selain undang-undang yang tegas, menjadi tanggungjawab individu, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri untuk mempunyai kesedaran mengenai bahaya pornografi.

"Sekiranya kerajaan itu sendiri sukar mengawal penyebaran pornografi, pengawalan sepatutnya bermula di rumah. Ibu bapa harus memantau aktiviti anak-anak setiap kali mereka menggunakan komputer," katanya.