Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.
Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau GHB untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali sebagai "dadah rogol dating".
Di Amerika Syarikat, "Laporan Jenayah Seragam" (Uniform Crime Reports) menggunakan istilah "rogol paksaan" hanya untuk meliputkan perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki; walaubagaimanapun, badan kehakiman masing-masing boleh mentakrifkan "rogol" mereka untuk merangkumi serangan seksual keatas, ataupun oleh, mana-mana satu jantina, berikut keperluan mereka. Undang-undang mentakrifkan "rogol" dan isu berkait, seperti "usia kerelaan" (age of consent). berbeza di antara badan kehakiman yang berlainan.
Mahkamah Tinggi California, dalam satu kes yang melibatkan seorang wanita yang dirogol oleh seorang anggota polis, mengatakan yang berikut:
Kami tidak meringankan kedashyatan rogol sebagai sejenis jenayah. Ia patut dicela, bukan sahaja dari segi moral dan penghinaan ke atas ketulusan dan hidup bebas seorang mangsa perempuan, tetapi juga dari segi hak mangsa untuk memilih sesiapa yang dia ingin melakukan hubungan seksual. Walaupun jenayah ini tidak seakan dengan pembunuhan manusia, ia adalah perkosaan yang paling serius ke atas seseorang. Ia juga merupakan jenayah yang kejam kerana biasanya, ia melibatkan penggunaan kuasa ataupun penggugutan untuk mengatasi kemahuan dan keupayaan mangsa menentang. Rogol sering diiringi oleh kecederaan fizikal kepada mangsa perempuan, dan juga boleh mengakibatkan kecederaan-kecederaan mental dan psikologi. Oleh sebab ia memusnahkan rasa keselamatan masyarat, ia juga mencederakan orang ramai.

No comments:
Post a Comment