- Kg. Rahmat nama yang menarik dan tidak kurang juga disebalik nama sebenar Kampung ini. kini ia merupakan sebuah penempatan masyarakat Felda yang terletak di Daerah Setiu Terengganu. Kampungnya agak kecil dan sangat sinonim dengan pelbagai tumbuhan hijau yang masih banyak terdapat di kawasan ini sudah tentunya menarik minat pengunjung yang ingin melihat suasana kampung yang sebenar. Apa tidaknya pelbagai tumbuhan semulajadi yang banyak terdapat di kawasan Kg. ini.
- Bagi mereka yang mengemari aktiviti memancing anda boleh berkunjung di sungai Tomang atau tasik yang sudah tentunya tidak akan mengecewakan kaki pancing yang berkunjung di kawasan ini. Selain anda juga berpeluang untuk memancing ikan laut di Kawasan pantai Penarik yang juga berdekatan dengan jalan besar menuju ke Terengganu dan Kota Bharu.
- Aktiviti-aktiviti menangkap ayam hutan, pelanduk, landak dan sebagainya boleh juga dijalankan di kawasan Kilang Sawit Kg Rahmat yang mana masih terdapat banyak lagi pinggir hutan yang terdapat di kawsan ini.
Wednesday, 9 March 2011
MY VILLAGE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment