Wednesday, 9 March 2011

MOTIVATION



  • Mungkin anda salah seorang yang pernah mengalami masalah stress. memang tidak dapat dinafikan sesiapa sahaja yang merasakan dia seorang manusia yang normal sudah tentunya mempunyai masalah mental yang sering dialami samada disebabkan  oleh kecuaian diri sendiri ataupun ditimbulkan oleh orang lain. 

  • Pada hari ini kita sering mendengar kisah-kisah yang tragis yang berlaku di sekeliling kita samaada kita sedar atau tidak sebenarnya kita juga berisiko untuk mengalaminya dari ganguan-ganguan mental. 
  • Apakah sebenarnya masalah ini? stress sering berlaku kepada mereka-mereka yang hidup dalam  keadaan tertekan samaada dari segi masalah kewangan, keluarga, rakan-rakan, cemburu, cinta dan juga berupa ancaman dari pelbagai faktor persekitaran. 
  • Pada hari ini kita melihat persekitaran amat memainkan peranan yang penting mempengaruhi diri terjebak kepada masalah tekanan perasaan ini. Bagi mereka yang sering terdedah daripada masalah ini salah satunya disebabkan kegagalan diri individu dalam menanggani atau mengatasi  sesuatu masalah yang timbul dalam diri mereka. 

  • Pada hari ini akibat daripada kegagalan diri mereka mengatasi stress menyebabkan ramai daripada mereka yang mengalami masalah ini, lalu mengambil jalan yang mudah dengan mencari jalan salah untuk berubah seperti cuba mengambil pil penenang, penadol dalam kuantiti yang banyak dan apa yang lebih mendukacitakan sebagai jalan terakhir penyelesaian mereka dengan membunuh diri. 
 






  • Oleh itu, sebagai jalan selamat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dari masalah stress yang kritikal,  sebagai langkah pencegahan yang paling selamat bagi yang muslin sentiada berzikir ingatkan tuhan, ambil wuduk, ceritakan masalah kepada orang tersayang, terdekat. Bagi yang meminati aktiviti-aktiviti luar boleh juga melancong, travel ambil pengalaman baru dan apa yang lebih penting jangan mudah mengalah dan berputus asa.

No comments:

Post a Comment