Tuesday, 19 April 2011

Taib Mahmud terbukti kebal


  
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilihat sebagai seorang yang kebal apabila tiga kali laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Ini membuktikan dengan jelas kepada rakyat siapa sebenarnya Ketua Menteri Sarawak setelah berjaya mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Ketua Menteri yang baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah beliau di Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas malam tadi.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat bukti adanya penyalahgunaan kuasa dan rasuah terhadap kekayaan Ketua Menteri tersebut, tetapi SPRM masih lagi belum mengambil apa-apa tindakan terhadap laporan yang telah dibuat.

"Kemenangan BN juga banyak dikaitkan dengan rasuah di Sarawak. Mereka juga menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah dan dakyah jahat terhadap kepimpinan PR melalui manipulasi gambar dan seumpamanya.

"Walau bagaimana pun BN jangan cuba memperbodohkan rakyat apabila mengatakan kemenangan mereka menunjukkan keseluruhan rakyat negara ini menyokong mereka.

"Ini adalah satu lagi dakyah dan serangan mental cuba diselewengkan oleh BN. Kemenangan mereka di Sarawak, tidak mempengaruhi pendirian dan pemikiran rakyat di Semenanjung, " tambahnya lagi.

Beliau juga yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, turut menyatakan bahawa samada BN benar-benar disokong oleh rakyat negara ini boleh dijustifikasikan melalui pilihan raya umum dan bukannya melalui pilihan raya negeri Sarawak semata-mata.

Sibuk dengan video, tahanan Imigresen cabut diri

Rakyat Prihatin   
Kah...kah...kah...itulah gelak rakan saya dengan ‘bala’ yang sedang melanda negara beberapa hari ini. Dalam sibuk-sibuk pasukan yang kuat menjaga negara dengan isu video, tiba-tiba seramai 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

Menurut laporan media kerajaan, sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.

Mereka merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam kelmarin (4 April).

Sama ada nampak atau tidak, boleh juga dikatakan musibah yang berlaku di Negeri Sembilan ini bala yang diturunkan oleh Allah bagi membuka fikiran kepada sesiapa yang boleh berfikir dengan akal.

Seperti yang rakyat sedia maklum, buat masa ini pihak polis yang menjalankan perintah pemimpin negara sedang sibuk memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat secara umum termasuk di Negeri Sembilan.

Bala yang tidak nampak dilihat oleh mereka yang buta mata hatinya ini juga satu tamparan kepada pemimpin Negeri Sembilan setelah Pusat Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut dan berlaku pula kes serangan asid di Seremban.

Menariknya, tragedi 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng berlaku selepas beberapa hari Adun kawasan itu didapati bersalah oleh mahkamah menerima rasuah.

Laporan media juga memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan bahawa perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.

"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita.


Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.

Video lucah Gajah sama gajah berperang




SEJARAH Kesultanan Melayu Melaka yang hebat hampir 600 tahun  silam, termasyhur dan tersohor sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan syiar lslam dan persuratan Melayu  akhirnya jatuh tersungkur di tangan 'orang asing' kerana sikap tamak, dendam, cemburu dan iri kesumat yang tidak berkesudahan.

Walaupun para perajurit Melayu Melaka bersemangat waja, kental patriotiknya dan gagah perkasa hingga dapat menewaskan serangan pertama 1509 armada Feringgi (Portugis yang datang dari Goa, lndia) yang diketuai de Suqeirra namun dendam yang berlarutan sehingga ke tahun 1511 menyebabkan soldadu Protugis yang menyerang Melaka sekali lagi yang diketuai oleh Alfonso de Albuqarque dapat merobohkan benteng Melayu Melaka dan menewaskannya.

Apakah rahsia kemenangan Portugis?  Kerana ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Kerana hasutan dan dalang yang menabur duri kebencian dan kemusnahan orang-orang Melayu seperti Raja Mandeliar dan Si Kitol. Kerana robohnya kesatuan dan kesepakatan bangsa Melayu ketika itu yang mula berpuak-puak dan bersengketa sesama mereka.

Kerana perebutan harta, emas dan kuasa maka fitnah digunakan untuk melaga-lagakan sesama sendiri. Kerana hilangnya semangat juang kependekaran  orang-orang Melayu ketika itu lantaran keuzuran Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya serta matinya Hang Jebat.

Bahkan kerana kebanjiran pendatang dan pedagang asing yang lebih mementingkan harta dan kekayaan tanpa menyumbangkan apa-apa untuk pertahanan.Bahkan kerana mengabaikan ajaran-ajaran agama  lslam dan lebih mementingkan hiburan dan perkara-perkara khurafat.Manakala pemerintah utama waktu itu asyik diulit keseronokan duniawi.

Kini datang lagi setelah ratusan tahun. Sengketa, dendam dan cemburu yang melingkari isu video seks kini melalaikan masyarakat. Di sana sini  kedapatan tohmah, cacian dan  keaiban didedahkan di khalayak tanpa segan-silu. Apakah sejarah  ‘robohnya kota Melaka’ akan berulang?  Justeru demi masa depan anak-anak dan generasi kita, ingatlah pesan bijak bestari janganlah 'gajah sama gajah berperang, pelanduk yang mati di tengah-tengah’.

Thursday, 14 April 2011

KEMANA ARAH TUJU PASTI

PAS akan pertahan walaupun Felda arah tutup Pasti
BERA, 6 April: PAS Kawasan Bera menyifatkan arahan berpindah daripada Pengurus Felda Bukit Mendi kepada kelas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di tanah rancangan berkenaan  kerana dikatakan menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (GSA) hanyalah bermotif politik semata-mata.


Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Shahrul Mohamed berkata, ini disebabkan apabila seseorang peneroka Felda sudah selesai membayar hutang kepada agensi tersebut dan mendapat geran bermakna mereka tidak lagi tertakluk di bawah akta berkenaan

Justeru jika terdapat sebarang tindakan pihak Felda bagi menghalang operasi Pasti berkenaan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

“Pasti Bukit Mendi dimulakan tahun ini dan baru-baru ini pihak pengurusan Felda telah menghantar surat peringatan kerana mendakwa penubuhannya tidak mendapat kelulusan mereka serta menyalahi peraturan Akta GSA.
 
“Pengurus Felda meminta Pasti memindahkan kelas daripada rumah tersebut sehingga mendapat kebenaran dari pihak Felda. Surat itu turut menyatakan sekiranya ingkar atau tidak mengendahkan peringatan itu maka tindakan selanjutnya akan dibuat.

“Bagaimanapun, setelah mengadakan perbincangan, kami mengambil keputusan kelas tersebut tidak akan ditutup malah satu laporan polis telah dibuat baru-baru ini atas nasihat peguam,” katanya.
Menurut Shahrul, kelas Pasti itu ditubuhkan berikutan mendapat permintaan daripada masyarakat setempat dan sehingga kini terdapat 13 kanak-kanak pra-sekolah mengikuti pengajian dan ini menunjukkan Pasti mendapat sokongan ibu bapa dan penjaga di sini.

Pasti tersebut beroperasi di sebuah rumah peneroka dengan kadar sewa sebanyak RM180 sebulan. Bagaimanapun, pihak Pasti dikatakan telah membelanjakan RM14,000 sebagai perbelanjaan kos baik pulih dan ubah suai.

“Kita menubuhkan Pasti bukan atas dasar politik tetapi bertujuan memberi pendidikan terbaik kepada kanak-kanak. Justeru saya berpendapat pendidikan yang berteraskan Islam dan akhlak tidak sepatutnya diheret menjadi mangsa politik.

“Bukan saya kata tabika atau pra-sekolah tidak bagus tetapi Pasti mempunyai sukatan mata pelajaran tersendiri yang boleh diterima masyarakat dan sudah terbukti keberhasilannya,” katanya.

Jelasnya, sukatan mata pelajaran yang diajar adalah didikan asas kepada kanak-kanak dan bukannya yang sesuka hati. Malah, gurunya pula lepasan Kursus Asas Pendidikan Pasti, sementara modul pendidikannya diperbaharui atau dikemas kini dalam tempoh tiga atau empat tahun sekali.

Mohd Shahrul berkata, Pasti bukan hanya menghadkan pendaftaran kepada warga PAS sahaja malah di sesetengah tempat bukan Islam juga ada yang menghantar anak mereka ke situ.

Katanya, sememangnya sukatan mata pelajaran adalah berbeza dengan tabika atau pra-sekolah kerana keunikan itulah yang menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka.

“Kalau mata pelajaran atau teknik pembelajaran yang diajar sama dengan kelas yang lain, buat apa lagi kami menubuhkan Pasti,” katanya.

PAS BUKA JALAN BUAT PERUBAHAN DI SARAWAK

  















Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri M


Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.
 
"Rakyat Sarawak  ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani
 menunjukkan kemarahan.


"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.


Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.


Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.


"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.


Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.


"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.


Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.


"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.


PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.


PENGUNDI SARAWAK POSITIF TERIMA PAS







Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat adanya perkembangan positif khususnya penerimaan pengundi terhadap kehadiran parti itu di Sarawak, jauh berbeza dengan pilihan raya yang lalu.

Ini, katanya setelah PAS membuat tinjauan dengan bertemu pengundi di kelima-lima Dun yang dipertandingkan oleh PAS pada pilihan raya negeri ke-10 ini.

Beliau berkata, PAS meletakkan 40 peratus calon wanita dan 60 peratus calon lelaki dalam pilihan raya negeri Sarawak.

“Walaupun PAS belum memperolehi satu Dun pun di Sarawak, tetapi kali ini kita melihat adanya petunjuk bahawa perubahan akan berlaku dan PAS, insya Allah beroleh kemenangan.

Justeru, katanya rakyat Sarawak mesti memberi isyarat kepada kerajaan yang telah puluhan tahun memerintah tetapi terus dihimpit kemiskinan dan kekurangan kemudahan infrastruktur.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, Sarawak kaya dengan hasil bumi kerana tanahnya sangat luas namun tidak dibangunkan dengan adil.
 

PONORGRAFI DI INDONESIA




KETIKA Indonesia masih bergelut dengan masalah sosial yang meruncing akibat gejala penyebaran kandungan pornografi di kalangan remajanya, Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto pantas mencipta satu lagi episod memalukan negara berkenaan dengan gelagatnya menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu.

Lebih memalukan rakyat Indonesia kerana Arifinto merupakan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan undang-undang antipornografi di Indonesia sejak tahun 2008. Pengkritik Indonesia lantas menggelarnya sebagai manusia hipokrit dan mahu dia dihukum di bawah undang-undang yang sama.

Jika dilihat rentetan kes membabitkan penyebaran kandungan pornografi di Indonesia, keberkesanan undang-undang antipornografinya seolah-olah pincang dan longgar, lebih-lebih lagi tanpa sekatan media yang menyalurkan kandungan pornografi secara menyeluruh.

Sejak sekian lama masalah sosial seperti pelacuran, pengguguran janin, seks luar nikah dan sebagainya semakin berleluasa di Indonesia, ia seperti dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan tegas oleh pihak yang bertanggungjawab.

Titik kemunculan penerbitan berunsur lucah di Indonesia dilihat sebagai kesan kejatuhan bekas Presiden Suharto pada tahun 1999 selepas satu demi satu majalah yang menjual cerita-cerita dan gambar-gambar berunsur seks memasuki pasaran Indonesia sejurus itu.

Bagaimanapun, kemunculan majalah-majalah itu tidak mencetuskan kontroversi besar di negara yang mempunyai lebih 80 peratus penduduknya beragama Islam.
INDONESIA dipercayai negara kedua paling banyak menyebarkan kandungan pornografi selepas Rusia.


Hanya beberapa tahun sejak kebelakangan ini, terutama apabila video seks artis Ariel Peterpan dengan dua artis wanita iaitu Luna Maya dan Cut Tari tersebar. Ia menjadi tajuk-tajuk berita utama Indonesia dan negara-negara jirannya, rakyat Indonesia mula membuka mata.

Apatah lagi, gelagat Arifinto yang memalukan institusi undang-undang dan pemerintah Indonesia baru-baru ini, peletakan jawatan malah penegasannya yang tidak sengaja mengakses e-mel kandungan lucah melalui komputer tabletnya itu menambah kebimbangan rakyat mengenai keberkesanan undang-undang antipornografi negara berkenaan Laman web lucah.

Terdahulu, Menteri Penerangan Indonesia, Tifatul Sembiring berkata, beliau akan merangka undang-undang baru bagi menangani masalah itu yang telah menghina negara.
"Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2007 mendapati, sebanyak 97 peratus pelajar sekolah menengah di Indonesia pernah mengakses laman web lucah," ujarnya.

Menurut data daripada Associated Press (AP), Indonesia merupakan negara kedua paling banyak menyebarkan kandungan pornografi selepas Rusia. 

Kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Menentang Pornografi di Indonesia pula mendapati, remaja di antara umur 14 hingga 19 tahun paling banyak mencari kandungan pornografi dalam bentuk video cakera padat (DVD), cakera video digital (VCD) atau buku komik.

Dalam pada itu, kajian Universitas Islam Indonesia pula menyatakan kira-kira 90.7 peratus kes penderaan seksual dan rogol di Indonesia dilakukan oleh remaja dan 68.2 peratus remaja mengaku pernah melakukan hubungan seks.

GELAGAT Arifinto menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat dikatakan memalukan pemerintah Indonesia.


Masalah itu dikatakan berlarutan akibat kelonggaran undang-undang berkaitan dan tiada pendidikan sosial khas kepada remaja mengenai bahaya pornografi serta tiada sekatan menyeluruh ke atas media yang mengandungi elemen pornografi.

Undang-undang pornografi telah wujud di Indonesia sejak tahun 2008 tetapi pelaksanaannya dilihat kurang tegas. Penyebaran pornografi dalam pelbagai bentuk dilarang tetapi mereka yang melanggar undang-undang hanya dikenakan denda maksimum yang rendah.

Disebabkan itu, masih ada segelintir rakyat Indonesia yang masih menyebarkan kandungan pornografi kerana mereka yakin faedah yang mereka dapati lebih lumayan berbanding hukuman yang dikenakan Terlepas hukuman 

Contohnya, dalam kes Budi Han, suspek utama dalam kes penyebaran gambar bogel dan video melalui Internet dan VCD beberapa pelakon Indonesia, seperti Sarah Azhari, Rachel Maryam, and Femmy Permatasari pada tahun 2003 tidak dikenakan hukuman penjara kerana polis tidak menemui VCD asalnya.

Polis juga bersetuju melepaskannya daripada sebarang hukuman walaupun dia didapati bersalah pada masa itu.

Masalah implementasi undang-undang antipornografi Indonesia turut dicacatkan oleh sejumlah kumpulan penentang di Indonesia yang membantah undang-undang pornografi di Indonesia atas alasan ia menyekat kebebasan beragama seperti ia menyekat pelbagai etnik budaya mengamalkan aktiviti tradisi mereka.

Undang-undang berkenaan mendefinisikan pornografi sebagai sesuatu yang bersifat ketelanjangan. Justeru, bantahan dibuat dengan mengemukakan beberapa alasan antaranya ia bakal menimbulkan isu mengenai pemakaian wanita Jawa Barat ketika melakukan tarian japongan dan wanita yang mengamalkan pakaian seperti berkemban di Jawa Tengah dan Jawa Timur. 

Bagaimanapun, apabila video seks yang melibatkan ketiga-tiga artis Indonesia iaitu Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari tersebar, ia mula menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap pengaruhnya kepada orang ramai khususnya golongan muda.

Jika sebelum ini pejuang hak asasi manusia dan kebebasan media massa sering membantah sebarang tindakan pemerintah untuk menyekat pengedaran bahan yang tidak sesuai melalui Internet dan sebagainya, tetapi kini mereka juga yang melahirkan rasa bimbang mengenai pengedaran bahan sedemikian tanpa kawalan.

Lantaran itu pemerintah Indonesia memutuskan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal pengedaran bahan di Internet supaya kesan negatifnya dapat dikurangkan kepada masyarakat.

Tahun lalu pemerintah Indonesia mengumumkan sekatan ke atas empat juta laman porno di Internet setelah menerima desakan masyarakat secara berterusan berhubung perkara itu sebagai usaha melindungi golongan remaja daripada pengaruh pornografi.

Sekatan akses itu meliputi semua laman yang mengandungi bahan pornografi seperti aksi persenggamaan normal mahupun yang di luar tabie, aksi bogel, penampilan visual alat kelamin dan simbol-simbol pornografi.

Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring berkata, langkah itu selaras dengan kehendak undang-undang antipornografi Indonesia yang diluluskan pada 30 Oktober 2008.

"Pada masa ini, kira-kira 90 peratus laman porno sedang disekat aksesnya, kami akan melakukannya berperingkat-peringkat sehingga semuanya disekat," katanya pada sidang akhbar di Jakarta tahun lalu.

Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia misalnya telah menyatakan bahawa penyebaran video porno artis popular dan selebriti Indonesia Ariel, Luna Maya dan Cut Tari telah mendorong penontonnya memperkosa 33 orang kanak-kanak.

"Sekatan akses itu akan dikekalkan walaupun selepas bulan Ramadan, selagi undang-undang antipornografi berkuat kuasa," katanya.

Sekatan itu akan membabitkan semua kata kunci dalam pencarian yang boleh dikaitan dengan seks seperti 'bogel' dan seumpamanya.

Namun, ekoran gelagat Arifinto minggu lalu, timbul persoalan apakah sekatan yang dijalankan itu signifikan ke atas masyarakat Indonesia apabila kandungan-kandungan pornografi masih boleh dicapai dengan mudah.
Populasi tertinggi
Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Profesor. Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar berpendapat, kegagalan Indonesia mengawal penyebaran kandungan pornografi adalah disebabkan status negara berkenaan sebagai antara negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia.

"Walaupun undang-undang diwujudkan, sukar mengawal penyebaran maklumat di Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 juta dan pada masa yang sama mempunyai sistem maklumat yang canggih," katanya.

Menurut Jas Laile, Indonesia boleh dianggap sebagai negara yang liberal, baik dari segi agama, pengamalan budaya dan pemecahan etnik yang terlalu banyak.

"Tidak seperti di Malaysia, dalam perlembagaan termaktub bahawa Melayu itu muslim tetapi di Indonesia adalah sebaliknya.
"Kebebasan yang mereka miliki merupakan peluang yang luas untuk pengaruh negatif seperti pornografi meresap masuk ke dalam masyarakat mereka sehingga sukar dikawal oleh kerajaan," katanya.
Bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan undang-undang boleh diperbaiki sekiranya kerajaan bersikap lebih tegas seperti negara-negara maju yang mengenakan hukuman berat ke atas pesalah pornografi secara menyeluruh.

"Masalah penyebaran pornografi berlaku di semua negara, tidak terkecuali Malaysia. Selain undang-undang yang tegas, menjadi tanggungjawab individu, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri untuk mempunyai kesedaran mengenai bahaya pornografi.

"Sekiranya kerajaan itu sendiri sukar mengawal penyebaran pornografi, pengawalan sepatutnya bermula di rumah. Ibu bapa harus memantau aktiviti anak-anak setiap kali mereka menggunakan komputer," katanya.

Monday, 4 April 2011

MY SECRET STORY

Alhamdulilah dalam ruangan ini saya nak kongsi sedikit pengalaman bersama pembaca blogspot yang budiman. Buat pengetahuan semua saya seorang yang amat meminati dunia permotoran sejak di bangku sekolah lagi.
 
Nak buat macam mana mase sekolah dulu mana ada duit nak beli motor, tapi percayalah dengan keazaman yang ada, saya berusaha dengan gigih nak dapatkan sebiji motor. Tapi yang menjadi cabaran yang utama adalah... saya sangat la minat kepada jentera besi buruk nie namanya vespa. antara vespa yang berjaya saya pakai adalah spring 150, nak jadikan cerita moto nie saya beli dengan pak cik yang duk kat Kuala Terengganu. Moto nie saya beli pada tahun 2004 masa tu saya berada ting 4. Atas dasar minat kumpulah duit sikit demi sikit berjayalah beli besi buruk nie dengan harga banyak terima 600 masa nie dah kira mahal laaa... dah lah takde rod tax, no casis sama tapi no enjin  lain dari geran tu la sebab pakcik tu jual. minat punya pasal jadi lah beli moto nie buat balik di kampung halaman saya di setiu Terengganu.



Cerita yang kedua pula main punya main vespa tak sangka 5 tahun dah berlalu saya pakai vespa nih memang dunia saya dengan vespa ibaratkan isi dengan kuku memang tak dapat nak dipisahkan. kalu nak gi sekolah kena naik vespa kalu vespa rosak alamaknye tak g la sekolah yang jaraknya lebih kurang 10km jauhnya. tp nasib baikla saya nie boleh repair sendiri jenis besi buruk nie yang banyak belajar dari otai-otai lama main vespa samaada di setiu, besut dan trg. kalu diingat mase dulu-dulu saya nie dipanggil usop kepa memang nama tue dah sebati dlm seantero setiu di zaman kegemilangan dulu-dulu.
nak dijadikan cerita pula, mase zaman sek menengah dulu sy nie banyak main langsung tak tumpukan pada pelajaran, keputusan spm amat mendukacitakan tp nasib baiklah mak dan ayah saya nie jenis yang tak kisah janji rajin bekerja inilah prinsip yang mereka pegang die kata ibaratnya kejayaan dlm pelajaran bukanlah kayu ukur  yang sebenar bagi mereka yang berjaya.. kejayaan terletak daripada budi baik dan usaha yang rajin dlm membuat sesuatu kerja sehingga orang puas hati dengan hasil kerja kita, kalu mak saya pula cukuplah sekadar belajar boleh membaca, menulis d mengira d didikan agama.

lepastu, saya pun kenalah buat kerja di ladang getah d kelapa sawit milik keluarga..letih tuhan la tahu nak dapatkan duit bagi membantu  meringankan beban keluarga. masalah nyer saya nie berbadan kecit tp bolehlah buat kerja kecil2 angkut getah, toreh... d mcm2 lah buat janji dpt duit.

5 bulan kemudian timbulah perasaan nak sambung balik pelajaran ke stpm. permohonan berjaya alhamdulilah....

lepastukan, barulah ada bibik2 minat nak belajar semula...masuk ting 6 nie kena lah jd abang sikit pada yang lain. kena tunjuk kita nie seorang pelajar y baik di samping nasihat guru2 memang cair lah tahi telingga y degil tu, terutama cikgu nazri, mazulizam , rokiah,  yahya, fatimah, rohani dan byk lg la y yang amat disayangi smpai sekarang jasa d pgorbanan beliau sy sememangnya sy hargai.
2 tahun telah berlalu, alhamdulilah berkat belajar sambil bermain dengan dunia vespa d kwan2 y byk memainkan peranan saya dapat mlanjutkan pelajaran ke university alhamdulilah tp y peliknya mak dan ayah biasa jer biasanya kalu mak bapak org lain mesti gembira...tak thulah kalu mak d ayah saya nie sngaja tak nak tunjuk kut...mungkin dia rasa satu kehilangan untuk mewarisi kerja mereka sebab ayah saya nie dulunya seorang tukang besi kalu dulu orang pangilnya pok loh tukang besi kg tumang memang popularla ...mase zaman 80-90 an dulu.

ape-ape pun kehidupan saya harus diteruskan...saya masih dengan hobi pelik saya y minat kepada benda-benda klasik sampai ke dunia university di samping sy ada vespa sy juga memiliki sebiji honda c70 turut saya bawa bersama-sama belajar dengan saya...saya  sunguh merasakan ia adalah satu kenangan y berharga d bernilai apabila hobi nie turut dikongsikan dgan kwan2 y trut sama meminati jentera besi buruk.

satu kenangan yang cukup indah  ialah ...sy akan terkenang sampai bila-bila adalah apabila teringat kembali zaman belajar dulu untuk balik dan pulang ke ukm bangi, saya akan menunggang vespa yang akan mengambil masa selama 8-9 jam jarak perjalanan y sememangya jauh...untuk sampai di setiu terengganu ...tp yang peliknya dgan minat y mendalam ia bukanlah satu perkaya y memenatkan...

Apabila saya berada di tahun dua pengajian  sy dikejutkan dgan kemunculan sebuah jentera baru keluran yamaha iaitu fz 150i dengan bentuk badanya sangat mengancam jiwa dan raga saya kerana jenis motosikal ini berbentuk naked bikes sungguh membuatkan hati untuk memilikinya..
Bermula dari saat itu, sy mulalah kumpul duit dengan berjimat d sampaing buat part time....dengan hanya 4 bulan bekerja saya boleh melangsaikan duit muka untuk memiliki sebuah jentera baru yamaha fz huhu sguh puas ketika ini berjaya memiliki sebuah motosikal baru y sangat mgamcam jiwa....


namun, sejak dari itu jiwa ini mula tawar kepada jentera clasic dan mula menaruh minat kepada jentera baru yang lebih kepada kapasiti enjin dan kelajuan.. kalau nak tahu sebenarnya memelihara besi buruk lebih banyak pakai duit daripada memakai jentera baru...huhu sungguh insaf...

kini 3 tahun telah berlalu dengan cepatnya sehingga kita rasa dunia nie begitu sekejap berlalu rasa kemarin baru masuk belajar dah tamat dah huhu alhamduliulah inilah yang mampu sy hadiahkan segulung ijazah buat orang tua... moral of the story tak semestinya kita gagal kita tak boleh berjaya hanya usaha yang menentukan matlamat kita sebenarnya d samping amal d ibadat kita pada y esa ....

kini sy telah pun masuk ke dunia pekerjaan pada masa bujang nie saya impikan sebiji jentera yang sedikit pantas d gah dijalan raya iaitu namanaya sportbike bukan superbike haha... sport bike ni dia lebih kepada motor yang sederhana besar huhu insayaalah dgan berkat d usaha y ada dapat sy memilikinya suatu hari nanti huhu insayallah .......






VEDEO SEKS ANWAR

Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.
 
(Gambar: Apakah ini badan Anwar? Mereka yang rapat dengannya tahu ini bukannya Anwar)
Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa? 

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

(Gambar kiri: Apakah ini perut Anwar Ibrahim?)
3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti:  Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.


6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?
(Gambar: Siapa lelaki yang sedang memasang video ini?)

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita.

Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.
Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama

LESEN LOTERI DI KELANTAN

Kehidupan rakyat Kelantan akan kembali ke zaman jahiliah sekiranya MCA berjaya dalam kes saman berhubung larangan menjual tiket loteri di negeri ini.
 
“Apa kata sekiranya MCA berjaya dalam kes di atas, kemungkinan besar mereka juga boleh membangkit isu hak rakyat untuk berhibur seperti kelab malam, disko, rumah urut dan pelbagai pusat hiburan seperti di bandar-bandar besar di pantai barat.
“Ini bermakna kita membenarkan pelbagai kegiatan haram dan aktiviti gejala sosial dibolehkan,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Media hari ini melaporkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bercadang membawa isu larangan menjual tiket loteri ke mahkamah selepas kerajaan Kelantan tetap mengharamnya.

Sebelum ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji kemungkinan wujud percanggahan dengan perlembagaan ekoran larangan kerajaan Kelantan terhadap penjualan tiket loteri.
Selepas kajian dibuat, kerajaan negeri minggu lepas mengumumkan tidak berlaku percanggahan dengan perlembagaan persekutuan terhadap larangan tersebut.

Sejak 1990 Kelantan melarang semua kegiatan perjuadian memandangkan ia mendatang kesan negetif kepada kehidupan rakyat.

Anuar yang juga Adun Kota Lama berkata, rakyat Kelantan harus berwaspada dengan senario kemungkinan kes tersebut dimenangi MCA.

“Maka pelbagai perjudian seperti TOTO, 4 Digit, Big Sweeps dan sebagainya akan tumbuh secara berleluasa di Kelantan seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.

“Ini kerana undang-undang Persekutuan meluluskan lesen perjudian tersebut dan kerajaan negeri tiada hak menghalang aktiviti judi di kalangan rakyatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Sedangkan, kata beliau rakyat Kelantan berbilang kaum sejak 1990 hidup dalam suasana harmonis dan mempunyai nilai-nilai moral tinggi.

“Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyekat kegiatan ada unsur-unsur negatif yang boleh meracuni anak cucu kita.

“Saya menyeru kepada alim ulama mengadakan solat hajat perdana bagi memohon pertolongan Allah SWT memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan dalam mempertahankan pengharaman judi,” katanya.

Beliau juga meminta tokoh-tokoh agama lain memberi sokongan moral kerana semua agama mengharamkan kegiatan perjudian.


PAS menyeru rakyat Sarawak membuat perubahan pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April ini.
 
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu mengemukakan calon yang boleh mewakili semua pada pilihan raya kali ini.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi Dun Sebuyau di Markas Kampung Ulu Sebuyau, malam ini.
Majlis itu turut dihadiri oleh masyarakat Iban dari enam buah rumah panjang di situ.
Tambahnya, PAS juga turut mengemukakan anak tempatan yang dikenali ramai bagi mewakili rakyat jika dipilih ke Dun Sarawak pada 16 April ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid adalah Pesuruhjaya PAS negeri yang mempunyai keluarga besar dan ramai kenalan di Dun itu.

Justeru, katanya para pengundi perlu memberikan undi mereka kepada calon PAS yang dikenali ramai bagi membawa suara mereka ke Dun Sarawak nanti.

Sementara itu, Adam (gambar atas) pula mengucapkan terima kasih kepada parti yang memberi kepercayaan kepadanya sebagai calon PAS di Sebuyau.

Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang diwakili sekiranya dipilih pada pilihan raya itu nanti.

JENAYAH ROGOL

Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.

Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".

Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau GHB untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali sebagai "dadah rogol dating".

Di Amerika Syarikat, "Laporan Jenayah Seragam" (Uniform Crime Reports) menggunakan istilah "rogol paksaan" hanya untuk meliputkan perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki; walaubagaimanapun, badan kehakiman masing-masing boleh mentakrifkan "rogol" mereka untuk merangkumi serangan seksual keatas, ataupun oleh, mana-mana satu jantina, berikut keperluan mereka. Undang-undang mentakrifkan "rogol" dan isu berkait, seperti "usia kerelaan" (age of consent). berbeza di antara badan kehakiman yang berlainan.
Mahkamah Tinggi California, dalam satu kes yang melibatkan seorang wanita yang dirogol oleh seorang anggota polis, mengatakan yang berikut: 

Kami tidak meringankan kedashyatan rogol sebagai sejenis jenayah. Ia patut dicela, bukan sahaja dari segi moral dan penghinaan ke atas ketulusan dan hidup bebas seorang mangsa perempuan, tetapi juga dari segi hak mangsa untuk memilih sesiapa yang dia ingin melakukan hubungan seksual. Walaupun jenayah ini tidak seakan dengan pembunuhan manusia, ia adalah perkosaan yang paling serius ke atas seseorang. Ia juga merupakan jenayah yang kejam kerana biasanya, ia melibatkan penggunaan kuasa ataupun penggugutan untuk mengatasi kemahuan dan keupayaan mangsa menentang. Rogol sering diiringi oleh kecederaan fizikal kepada mangsa perempuan, dan juga boleh mengakibatkan kecederaan-kecederaan mental dan psikologi. Oleh sebab ia memusnahkan rasa keselamatan masyarat, ia juga mencederakan orang ramai.

AKTA RACUN 1952

Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

AKTA PENAGIH DADAH. (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 - (PINDAAN) 1998

Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

DADAH





Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis iaitu bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat dan dadah analgesik.

Tuesday, 29 March 2011

CARA SEMBAHYANG SUNAT EMPAT RAKAAT

  1. Lafaz niat, "sengaja aku sembahyang sunat 4 rakaat kerana Allah taala".
  2. Pada rakaat pertama baca surah al-fatihah dan diikuti dengan surah Yasin.
  3. Pada rakaat kedua baca surah al-dhukhan
  4. Rakaat ketiga baca surah as-sajdah.
  5. Rakaat keempat surah al-mulk.
  6. Setelah selesai sembahyang, hendaklah memperbanyakkan puji-pujian kepada ALLAH, mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan memohon keampunan kaum muslimin dan muslimat yang sesaman dengan kita dan terlebih dahulu daripada kita.

INDAHNYA AMALAN BERDOA

Kandungan ini adalah berdasarkan apa dibaca dalam buku yang ditulis oleh Dato Ismail Kamus.

TARIF DOA

IALAH SATU PERMOHONAN SESEORANG HAMBA TERHADAP ALLAH SECARA TERUS BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ROHANI DAN JASMANI DI DUNIA DAN AKHIRAT SAMA ADA UNTUK DIRINYA SENDIRI ATAU KEPADA OARANG LAIN.

BEKERJA LALU BERTAWAKAL

Pengertian ini menjadikan tawakal itu hanya sebagai simbol tanpa memberikan bekas yang bererti terhadap jiwa orang yang tengah melakukan sesuatu pekerjaan, meskipun ia mengaku bertawakal.

KEPENTINGAN SEMANGAT TAWAKAL

Semangat tawakal sememangnya amat diperlukan bagi mencapai tujuan yang dikehendaki. seseorang yang yakin dengan usahanya kemudian tawakal kepada ALLAH SWT.

PERANAN PENTING DOA

Berdoa merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seseorang mukmin. ia sebagai salah satu pengakuan terhadap kekuasaan ALLAH yang mutlak ke atas segala yang berlaku. selain sebagai bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada ALLAH.

Wednesday, 9 March 2011

Hye, I'm Yusof




  • Hye guys! My name is Md Yusoff bin Abdullah. I come from Setiu, Terengganu. I was born on 22 March 1986 in Hospital Kuala Terengganu Darul Iman. My primary school is in S.K. Kg. Rahmat Chalok, Terengganu. After I received my secondary education in S.M.K Chalok Setiu, Terengganu, then I received my degree in Political Science in The National University Of Malaysia. This is because I would like to be a government officer after this and I have an ambition which I hope I can become a successful businessman.

  • Next, I would like to talk about my family background. First, I have eight siblings which I am the youngest in my family. My father’s name is Abdullah bin Hassan and My mother's name is Nafisah Bt. Mohamad. My father's age is 85 years old while my mother’s age is 65 years old. Before this, father and my mother worked as settler in Felda. Now, my father and my mother were retired since they already old.

  • One of my hobby is travelling. Until today, I already travel all the state in Malaysia except Sabah and Sarawak. One day, I hope I can travel all the state in Malaysia and then all the country in the world. Besides, I like the activities which full wiith adventure and challenge because it can give satisfaction to me. This is the reason why I am enlist in ROTU. Other than that, I am often involved activities which conducted by clubs and associations. Through the activities, I learned speaking skill, human resources management and other softskills.

  • Today, I am staying at in Bangi. So, this is simple introduction of me. For any additional information, you may contact me through facebook : Yusof Abdullah and email : usopukm@yahoo.com.my.Thanks you.

MY HOBBY

  • Memenuhi aktiviti masa lapang adalah kebiasaan bagi yang mengemari aktiviti memancing. Pada kali ini dengar cerita udang kat sini besar-besar kalau tak percaya tengok nie. huhu bagi yang berminat bolehlah datang memancing kat sini. saya dan kawan-kawan mengisi masa lapang di Ulu Kundang Johor
  • Pada  awal bulan mac 2011 yang lepas kawan saya  nie ajak la pergi meracip ayam hutan. Nak tak nak pagi-pagi lagi dah kena bangun katanya sebelum ayam berkokok dah kena bangun takut ayam lari susah nak jumpa. satu lagi kalu pergi -pagi ayam nie dia suka keluar cari makanan waktu nie. Tunggu punya tunggu sampai pukul satu tengahari dapat la satu ekor huhu.. berjaya juga misi pada kali ini.

  •  Abg. sorang nie nama nya mamat orang panggil la. Die nie memang expert la memburu ayam hutan. Tunggu punya tunggu dapat la sekor huhu.

ROTU UKM

SEJARAH PENUBUHAN UKM 
  • ditubuhkan atas kehendak rakyat, perjuangan menubuhkannya tidak boleh diasingkan dari kebangkitan nasionalisme Melayu, iaitu pemilik tunggal Persekutuan Tanah Melayu sebelum tahun 1948. Dalam tahun 1930-an, sudahpun terlintas ura-ura menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tetapi kegigihan serangkaian intelek Melayu seperti Prof Datuk Zainal Abidin Wahid, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Prof Dato’ Ghazali Hj Abdul Rahman, Tan Sri Syed Nasir Ismail, Prof Dato’ Awang Had Salleh dan Tan Sri Anuwar Mahmud memimpin Jawatankuasa Penaja dan Jawatankuasa Kecil untuk menubuhkan UKM.


  • Salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh Jawatankuasa Penaja UKM ialah untuk menyemaikan persefahaman antara semua suku bangsa Malaysia dan menimbulkan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab mereka sebagai warganegara yang jujur dan setia kepada negara ini. Dalam konsep penubuhannya jelas ditegaskan bahawa Universiti Kebangsaan ini bertujuan melahirkan siswazah-siswazah yang berpandangan dan berfikiran luas dan menjadi warganegara yang taat setianya tertumpu kepada negara ini.
  • Pada bulan Mei 1970, lahirlah Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti pelajar sering dikaitkan dengan aspirasi rakyat. Bagi membuktikan kesungguhan kata-kata, sejumlah pelajar dari Kolej Pertama UKM telah menyedari tanggungjawab mereka apabila tamat pengajian. Dalam tahun 1975, dengan diketuai oleh Residen Fellow Kolej tersebut, satu rombongan telah menemui Pengarah Askar Wataniah, Kol Mukhti Jabar (Allahyarham). Walau bagaimanapun menurut Kol Mukhti Jabar, tidak ada peruntukan untuk menubuhkan Batalion Infantri di UKM seperti yang diperuntukkan untuk Universiti Malaya dan ITM (sekarang dikenali sebagai UiTM).


  • Residen Fellow dan beberapa orang pelajar Kolej Pertama UKM tidak kecewa dengan keputusan itu, lantas mereka bertemu dengan Naib Canselor UKM (Dr Anuwar Mahmud) yang kebetulan hendak menemui YAB Tun Abdul Razak untuk menyatakan persetujuannya, dan kemudiannya satu Platun Askar Wataniah ditubuhkan di UKM.
  • Dalam bulan Julai 1975, ramai mahasiswa UKM mendaftarkan diri sebagai rekrut Askar Wataniah. Dalam tahun berikutnya, kekuatannya telah bertambah menjadi beberapa platun.
  • Detasmen Askar Wataniah UKM adalah ditubuhkan di bawah kekuatan pasukan Pertahanan Tempatan Selangor (Selangor Local Defence Corps) yang sekarang dikenali sebagai Rejimen 502 (AW). Namun demikian semua aspek latihan dan kemudahan dikendalikan oleh Markas Batalion Infantri ITM yang diketuai oleh Mej M. T. Arasu. Dua orang jurulatih dari Markas tersebut telah ditempatkan di UKM. Mereka ialah Kpl Baharudin Yeop Mat Ali (3 RAMD) dan Kpl Saidin Salam.


  • Kem Tahunan yang pertama diadakan pada bulan Julai 1976 di Hutan Simpan Air Hitam, Serdang. Di akhir latihan intensif inilah beberapa orang anggota dinaikkan pangkat Lans Koperal. Mereka yang pertama yang dinaikkan pangkat ialah L/Kpl Fawzi Basri (Allahyarham) dan dua orang mahasiswa iaitu L/Kpl Khadri Hj. Ahmad dan L/Kpl Sulaiman. Dalam tahun berikutnya ramai lagi mahasiswa yang dinaikkan pangkat ke Lans Koperal.
  • Dalam tahun 1977, L/Kpl Fawzi Basri dan L/Kpl Khadri Hj. Ahmad menghadiri kursus PTT Kadar di PLAW (sekarang PUSWATAN). Berikutnya L/Kpl Fawzi Basri dinaikkan ke pangkat Koperal menjalankan tugas Ketua Detasmen UKM.


  • Apabila UKM berpindah ke Bangi dalam bulan Oktober 1977, kekuatan anggotanya telah menjadi satu kompeni dan diletakkan sepenuhnya sebagai Kompeni C Batalion Infantri ITM. TNC (HEP), Kapten Prof Datuk Ghazali dibantu sepenuhnya oleh 123366 Sjn Fawzi Basri (Pengarah Perumahan Pelajar). Ramai pelajar telah dihantar berkursus di PLAW dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan Koperal. Di antaranya ialah Kpl Ahyar Idris, Kpl Kamaruddin Chin, Kpl Zain Bidin, L/Kpl Raja Khan, L/Kpl Ibrahim Teh dan L/Kpl Ibrahim Majid. Pada akhir tahun 1978, Pengarah Askar Wataniah Brig Gen Dato’ Abul As bersetuju menubuhkan Kompeni D, iaitu satu lagi tambahan kompeni untuk UKM.


  • Namun demikian, sejak tahun 1976 lagi, rancangan mengadakan program ROTU telah dibincangkan. Brig Jen Dato’ Abdul As telah mengambil inisiatif berbincang dengan semua universiti. UKM mendapati RAW tidak dapat memenuhi rancangan memiliki pegawai Askar Wataniah yang diperlukan. Mahasiswa yang terlibat dengan RAW didapati sukar dihubungi selepas menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi. Di dapati kursus di PLAW tidak sesuai dengan tarikh cuti universiti, dengan itu terlalu sedikit yang dapat menyelesaikan kursus PTT Kadar. Kursus ini amat penting bagi membolehkan pencalonan bagi kursus Bakal Pegawai.

  • Dalam tahun 1979, UKM merupakan Kompeni Askar Wataniah yang maju dan mempunyai bilangan mahasiswa yang paling ramai. Sementara menanti kertas kerja mengenai penubuhan PALAPES diluluskan  Majlis Angkatan Tentera, UKM telah diberi penghormatan menubuhkan ROTU sebagai percubaan. Pada 1 Julai 1979, UKM menjadi pusat pengajian tinggi yang pertama menubuhkan ROTU di Malaysia. Mej Abdul Rahman Salim di Batalion Infantri ITM (sekarang dikenali sebagai UiTM) menjadi Ketua Jurulatih yang pertama bagi PALAPES UKM, Kapt Zamri Saidin adalah Ajutan pertama, manakala PW 1 Joned Nasir adalah SMR yang pertama. Lain-lain Staf Jurulatih yang awal ialah 69110 PW11 Halim Baharuddin (KSMJ), 23906 Sjn Hambali tanzil (RAMD) dan 928115 Sjn Ahmad Latif (RJR). Manakala Lt Fawzi Basri adalah Pegawai Sukarela yang pertama di samping Mej Prof. Datuk Ghazali.


  • Pada 8 Februari 1980, ROTU ditubuhkan melalui kuatkuasa Kerajaan. UKM kemudiannya mencadangkan ROTU digantikan dengan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) yang dicadangkan oleh Lt Fawzi Basri. KEMENTAH menerima syor tersebut dan PALAPES dipersetujui. Serentak dengan itu juga, kakitangan UKM yang berkhidmat dalam Kompeni C ditukarkan ke dalam kekuatan Rej 502 PSTD yang diketuai oleh Lt Ismail Jaafar. Sebahagian daripada mereka dijadikan Platun Demo bagi PALAPES.


  • PALAPES mengalami kemajuan pesat di peringkat awal. Kebanyakan mahasiswa tahun dua yang menjadi anggota RAW UKM diserapkan sebagai Pegawai Kadet PALAPES di samping mahasiswa tahun satu yang berminat.


  • Dalam bulan Januari 1980, Markas PALAPES dilengkapkan dengan pegawai dan jurulatih yang diketuai oleh Mej Ilyas Mohd Amir selaku Ketua Jurulatih, Kapt Zaki Yassin (Ajutan), Lt M Gregory Bansa Jana (Pegawai Latih). Tiga KSMJ serta jurulatih juga bertambah dari masa ke masa. Dalam bulan Jun 1981, UKM mula menerima pelajar wanita sebagai Pegawai Kadet Wanita PALAPES. Dalam tahun yang sama, satu lagi Platun Wanita telah ditubuhkan.


  • Bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Kompeni dan Sabaltan, seramai 10 orang staf akademik UKM telah menghadiri Kursus Bakal Pegawai PALAPES di PLAW (sekarang dikenali sebagai PUSWATAN) pada akhir tahun 1980 dan tahun berikutnya. Antara mereka ialah Dr. Yusof Nor (TNC HEP), Dr. Zakaria Ahmad (SKK), Dr. Abd Hamid Othman (Sains), Dr. Bohari Yamin (Sains), Haji Ali BAharum (FPI), L/Kpl Abd Rahman Mustafa (FPI), Mohd Zahir Kecut (Ekonomi) dan Tamby Sabha Mohd Meera (FSKK). Kesemua mereka ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan diberi tugas sebagai Ketua Platun.


  • Kini PALAPES UKM telahpun kukuh sebagai satu sekolah latihan yang lengkap walaupun masih ada kekurangan. Jika dibandingkan dengan keadaaan RAW, PALAPES memang menyediakan medan melatih mahasiswa yang ingin berbakti untuk negara. PALAPES adalah jawapan yang paling tepat dan praktis jika mahu membela negara serta jika ingin bersama rakyat mempertahankan negara. Umpama kata "Perahu sudah di air, pengayuh sudahpun di tangan, maka tepuk dada tanya selera". PALAPES adalah gelanggang membentuk mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin dalam semua bidang, malahan konsep PALAPES adalah serasi dengan konsep dan cita-cita pembelajaran UKM.


  • Biar putih tulang jangan putih mata
  • Biar bergunung halangan mendepa
  • Biar sederet katanista penghasut jiwa
  • PALAPES tetap menjadi medan rakyat
  • Melatih siswa kembali kepada rakyat


  • PIAGAM PALAPES


Piagam PALAPES adalah seperti berikut:

·                     Membina sahsiah sebagai mahasiswa/mahasiswi dan pemimpin yang berdisiplin dan gagah setia.

·                     Menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara.


·                     Melengkapkan diri sebagai barisan kedua dalam pertahanan negara dan ketahanan rakyat


·                     Membuktikan secara praktikal akan sumbangan mahasiswa/i kepada permasalahan negara.

·                     Berusaha meletakkan diri sebagai mahasiswa/i yang beriman kepada tuhan serta berfikiran luas dan dinamik.


·                     Menegakkan serta meninggikan imej UKM
.
  • PERBARISAN PENTAULIAHAN
Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjadi tuan rumah / penganjur perbarisan pentauliahan kepada Pegawai-pegawai Kadet PALAPES seluruh IPT pada tahun 1987, 1993 dan 2000 dan 2006. Pada tahun 1987 adalah kali pertama UKM menjadi penganjur dengan seramai 494 Pegawai Kadet bagi seluruh IPT telah ditauliahkan menjadi Pegawai Muda